Tuesday 4 September 2012

Persiapan Hari KOKO

Assalamualaikum....

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul Razak Selekoh yang dikagumi kerana apabila di akronimkan namanya menjadi STARS yang membawa maksud bintang-bintang akan mengadakan Hari Kokurikulum Sekolah pada bulan ini. 

Oleh itu untuk melahirkan bintang-bintang yang sentiasa menyinar, unit kokurikulum sekolah bersetuju untuk membuat percubaan ataupun menyemarakkan lagi semangat bintang-bintang ini dengan menampilkan pasukan khas dari Kelab Bola Baling UPSI bagi memberi tunjuk ajar kepada pemain-pemain STARS ini. InsyaAllah sekiranya tidak berlaku sebarang perubahan dan masalah di kemudian hari. Mereka akan memberi klinik khas bola baling bagi mendedahkan pemain-pemain STARS ini dengan corak permainan yang lebih global dan bukan sekadar berada dikepompong peringkat sekolah mahupun peringkat daerah. Apa yang diharapkan agar pemain-pemain bari kita ini dapat menanamkan minat dan semangat untuk terus bermain diperingkat lebih tinggi seperti kejohanan terbuka ataupun jemputan.

Gambar foto adalah semasa hari kedua latihan. Terima kasih kepada mereka yang memberi komitmen.
 Semoga sukan STARS terus maju ke hadapan..









~mystarskaa crew~



Monday 13 August 2012

Program Khatam al-Quran, Iftar dan Qiamullail Fasa-2 STARS



Assalamualaikum wrhmt. wbrkth...
Alhamdulillah...telah selesai pun agenda yang telah dirancang oleh pihak sekolah semenjak menjelangnya tibanya bulan Ramadhan tempoh hari.. Dengan program ini, maka berakhirlah aktiviti2 yang besar sepanjng Ihya' Ramadhan ini di STARS.

Mungkin sahabat2 yang tidak dapat ikut serta dalam progarm ini tertanya-tanya apakah pengisian yang dilaksanakan sepanjng program Qiamullail fasa-2 ini. Jadi kita sertakan tentatif program seperti di bawah yang telah diubah sesuai dengan apa yang telah berubah semasa program...


Tentatif Program
Jumaat 10/8/2012
2.45 ptg                 : Pendaftaran
3.15 ptg                 : Persiapan Penginapan
3.30 ptg                 : LDK (Pembentukan Sahsiah dan Akhlak sebagai Pelajar KAA + 6 Atas)
5.30 ptg                 : Solat Asar
5.45 ptg                 : Khatam AQ
6.45 ptg                 : Tahlil
7.30 ptg                 : Iftar
7.45 ptg                 : Solat Maghrib, bacaan Yaasin, Solat Isya’ dan Solat Terawikh
10.00 mlm             : Sambungan LDK dan Taklimat Qiamullail
11.45 mlm             : Kudapan
12.00 mlm             : Tidur

Sabtu 11/8/2012
4.00 pg                  : Bangun Pagi dan Persiapan Qiamullail
4.30 pg                  : Qiamullail bermula
5.00 pg                  : Sahur
6.00 pg                  : Solat Subuh dan Kuliah (Ust. Ridhuan)
8.00 pg                  : Bersurai
LDK telah dilaksanakan dengn kerjasama semua fasilitator yang hadir. Namun begitu, ia masih perlu dibaiki bagi memberi kesan yg lebih mendalam kepada peserta2.

Seramai 21 orang alumni KAA turut serta menjadi fasilitator yang sangat membantu melicinkan lagi aktiviti sepanjang program ini. Antara alumni KAA yang hadir ialah...
5KAA 2005 : Raja Azuwah, Ata Zuriyati, Nur Shahirah
5KAA 2006 : Hafizan, Amirul Hisham, Nabilla Huda, Noor Hernida, Nur Syazwani, Nurol Faseha, Noor Ain, Siti Nasihah, Nor Masliza
5KAA 2007 : Mohd Naqib, Khairil Anuar, Noor'izzati
5KAA 2008 : Amalina, Nadia Jubir
5KAA 2009 : Azlan, Faezzudin (5Sains), Atiqah Nazirah

Setakat ini, di dalam senarai bekas2 pelajar KAA terdapat 58 orang yang boleh dihubungi insyaAllah..semoga anda semua dapat dihubungi dari masa ke semasa...dan mungkin akan dapat membantu pihak sekolah dalam aktiviti2 dan program2 yang dpt membantu kecemerlangan STARS..

Thursday 9 August 2012

Sumbangan ALUMNI KAA...

Assalamualaikum wrht. wbrkth.
 STARS, Selekoh : Tepat jam 8.00 pagi tadi (Khamis 9/8/2012) wakil daripada ALUMNI KAA telah menyerahkan peralatan-peralatan yang diperlukan oleh surau STARS. Penyerahan tersebut tidaklah dibuat secara rasmi, hanya diserahkan kepada wakil Jawatankuasa Balai Islam(surau) iaitu Ustazah Zuwariah. Peralatan-peralatan tersebut adalah seperti berikut:
1. Alat Penyedut Hampagas (vakum) 1 unit
2. Penyapu 2 unit
3. Penyodok sampah 1 unit
4. Penyapu sawang 1 unit
5. Berus lantai/longkang 3 unit
6. Baldi 1 unit
7. Gayung/cebok 1 unit
8. Mop 2 unit
9. Bulu ayam/penyapu habuk 2 unit
10. Karpet/alas kaki 2 unit




Sebahagian alat ini diletakkan di bilik Bahasa Arab sebagai langkah keselamatan dan sebahagiannya diletakkan di surau untuk memudahkan kerja-kerja membersihkan surau.







Bersempena dengan menjelangnya program Khatam al-Quran, Iftar dan Qiamullail pada esok hari (Jumaat dan Sabtu 10-11/8/2012), satu gotong royong telah dijalankan pada pagi tadi dengan menggunakan peralatan-peralatan yang telah disumbangkan ALUMNI KAA.


Semoga ALUMNI KAA terus dapat membantu dan memberi kerjasamakepada guru-guru dalam pembangunan sahsiah, akademik, serta kokurikulum STARS. Semoga STARS akan terus mengungguli kecemerlangan di Daerah Hilir Perak. Sekian...

Komen di sini...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More