Tuesday, 4 September 2012

Persiapan Hari KOKO

Assalamualaikum....

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul Razak Selekoh yang dikagumi kerana apabila di akronimkan namanya menjadi STARS yang membawa maksud bintang-bintang akan mengadakan Hari Kokurikulum Sekolah pada bulan ini. 

Oleh itu untuk melahirkan bintang-bintang yang sentiasa menyinar, unit kokurikulum sekolah bersetuju untuk membuat percubaan ataupun menyemarakkan lagi semangat bintang-bintang ini dengan menampilkan pasukan khas dari Kelab Bola Baling UPSI bagi memberi tunjuk ajar kepada pemain-pemain STARS ini. InsyaAllah sekiranya tidak berlaku sebarang perubahan dan masalah di kemudian hari. Mereka akan memberi klinik khas bola baling bagi mendedahkan pemain-pemain STARS ini dengan corak permainan yang lebih global dan bukan sekadar berada dikepompong peringkat sekolah mahupun peringkat daerah. Apa yang diharapkan agar pemain-pemain bari kita ini dapat menanamkan minat dan semangat untuk terus bermain diperingkat lebih tinggi seperti kejohanan terbuka ataupun jemputan.

Gambar foto adalah semasa hari kedua latihan. Terima kasih kepada mereka yang memberi komitmen.
 Semoga sukan STARS terus maju ke hadapan..









~mystarskaa crew~



0 Orang yang prihatin:

Post a Comment

Komen di sini...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More